AMMAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan terus mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai beberapa langkah yang masih diperlukan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.

Perkara tersebut akan dibincangkan Blinken semasa rundingan di negara itu pada Rabu.

Bercakap kepada pemberita di Amman pada Selasa, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan dalam situasi bantuan kemanusiaan di wilayah berpenduduk pada itu, beliau berkata, masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.

Blinken berkata, beliau akan dan telah meneliti beberapa perkara yang perlu dilakukan bersama Netanyahu dan anggota kerajaan Israel.

Pertemuan tersebut bakal berlangsung kira-kira sebulan selepas Presiden AS Joe Biden mengeluarkan amaran keras kepada Netanyahu, mengatakan dasar Washington boleh berubah jika Israel gagal mengambil langkah untuk menangani kemudaratan orang awam, penderitaan kemanusiaan, dan sukarelawan.

Netanyahu pada Selasa berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan di bandar Rafah di selatan Gaza walaupun masih terdapat kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap nasib lebih 1 juta rakyat Palestin yang berlindung di sana.

Blinken berkata, Washington telah membuat pendiriannya terhadap Rafah jelas iaitu operasi tidak boleh diteruskan tanpa perancangan yang meyakinkan bagi mengelakkan mudarat ke atas orang awam.

Jabatan Negara AS juga kemudian berkata, setakat ini, perancangan yang dikatakan meyakinkan itu masih belum wujud.

Krisis kemanusiaan yang meruncing telah mendorong gesaan daripada negara-negara barat dan Arab untuk melakukan lebih banyak usaha bagi memudahkan kemasukan bantuan ke Gaza, di mana kebanyakan orang kehilangan tempat tinggal, menghadapi kebuluran, penyakit berleluasa, dan banyak infrastruktur musnah.